JAMBATAN TUN ABDUL RAZAK
02
Jambatan utama Batu Pahat ini merentasi Sungai Batu Pahat dan pembinaannya telah dimulakan pada bulan Oktober 1962. Ia telah dirasmikan pada 1 Julai 1967 oleh allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua, di mana jambatan ini mendapat namanya. Pada peringkat awal, jambatan ini adalah bertol sejak ia mula dibuka tetapi selepas 10 tahun beroperasi ia dijadikan bebas tol bermula tahun 1977. Sebelum jambatan ini dibuka, perkhidmatan feri menjadi mod pengangkutan utama di bandar ini bagi mereka yang ingin menyeberangi Sungai Batu Pahat dari arah utara ke selatan. Pembukaan jambatan ini kepada umum telah menyebabkan perkhidmatan feri ditamatkan di Batu Pahat dan ia digantikan dengan jambatan berstrukturkan besi dan konkrit yang lebih kukuh.