top of page
Layari Rio Fermoso 2.png
WhatsApp Image 2021-12-25 at 7_edited_edited.jpg

PELABUHAN BATU PAHAT

03

Packing for Vacation

Juga dikenali sebagai Jeti Kastam, lokasi ini adalah pelabuhan utama di Batu Pahat pada suatu ketika dahulu dan kapal-kapal dari negara tetangga khususnya dari Indonesia kerap berlabuh di sini. Pelabuhan ini jelas kelihatan daripada peta lama tahun 1930 yang menunjukkan lokasi dermaga-dermaga utama di perairan Batu Pahat terletak di kawasan ini. Tempat ini amat sesuai sebagai pelabuhan kerana ia terlindung dari angin yang kuat dari arah timur laut dan barat daya berbanding di kawasan muara Sungai Batu Pahat yang merbahaya ketika laut bergelora.

Apa yang paling menarik di sini ialah terdapatnya bot-bot dan tongkang yang berlabuh dari Kepulauan Riau masih lagi menjalankan perdagangan secara sistem barter (pertukaran barangan). Melalui sistem ini pedagang dari Indonesia akan membawa barangan seperti kelapa, gula Melaka, kayu jati, atap nipah, pisang, ikan terubuk, tikar mengkuang, gambir dan arang untuk dijual kepada pedagang di sini. Barangan ini akan ditukarkan dengan barangan tempatan seperti minyak kelapa sawit dan barangan elektik. Oleh kerana kepesatan perdagangan melalui sistem yang unik ini, satu pelabuhan perdagangan barter yang baharu dijangka akan dibangunkan ke lokasi baharu di masa hadapan iaitu berhampiran muara.

bottom of page