top of page
JETI PESERAI LAMA
05
Sebelum Jambatan Batu Pahat dibuka, perkhidmatan feri Batu Pahat menggunakan jeti Peserai Lama ini bagi menyeberangi sungai. Tapak platform bekas pendaratan feri tambang Peserai ini boleh dilihat dengan jelas di tebing kanan jeti di Peserai yang pada masa ini tidak lagi diselenggara dengan baik. Jeti Peserai Lama ini dahulunya dikendalikan oleh Pejabat Shahbandar Batu Pahat yang mengawal operasi feri di sini. Feri ini bukan sahaja membawa penumpang dan pejalan kaki, tetapi ia juga membawa muatan seperti kereta dan bas. Perkhidmatan feri Batu Pahat ditutup sebaik saja Jambatan Batu Pahat mengambil alih perkhidmatan feri bermula tahun 1967.
bottom of page