top of page
Layari Rio Fermoso 2.png
WhatsApp Image 2021-12-25 at 7_edited_edited.jpg

PELABUHAN KELAPA

10

Packing for Vacation

Pelabuhan ini juga dikenali sebagai Pelabuhan Perdagangan Tukar Barang Batu Pahat dan ia merupakan pelabuhan bagi kapal-kapal dagang dari Indonesia yang bersauh bagi tujuan pertukaran barang melalui sistem barter. Ia lebih dikenali dengan nama tidak formalnya iaitu Pelabuhan Kelapa kerana bertan-tan buah kelapa yang dibawa masuk dari wilayah Indonesia seperti Pulau Bengkalis, Pulau Rangsang, Selat Panjang sehinggalah dari Tembilahan, Indragiri. Dikatakan kelapa-kelapa ini diagihkan sehingga ke Alor Setar di utara dan Kuantan di timur Semenanjung Malaysia. Sistem barter (tukar barang) merupakan satu sistem perdagangan yang unik di sini kerana ia merupakan sistem yang diamalkan sejak berdekad yang lalu.

bottom of page