top of page
ALBUM & ARKIB
Koleksi foto dan gambar-gambar lama ini pernah dirakam oleh jurugambar dan individu di Batu Pahat. Foto-foto ini menjadi bukti kepada sejarah pembangunan bandar ini yang akan dikenang selamanya.
Bangunan Kelab Jepun Lama (Old Japanese Club) mendominasi latar langit di Bandar Penggaram pada zaman itu | Pemandangan sampan membawa penumpang dari Penambang Peserai ke Jeti Batu Pahat | Tasik Kadri merupakan satu-satunya tasik yang terletak di tengah-tengah pusat bandar Batu Pahat namun ia telahpun dikambus bagi memberi laluan kepada pembinaan padang dan stadium | Kedai di Jalan Shahbandar dengan beca dan kenderaan gaya klasik |
---|---|---|---|
Askar Fiji pulang dari satu misi yang berjaya di Batu Pahat (Sumber: New Straits Times, 2022) | Imej asal Masjid Jamek Batu Pahat yang masih wujud sehingga sekarang | Ekspatriat Eropah dan pegawai tinggi perkhidmatan awam Melayu sering bersosial di Kelab Batu Pahat ini pada tahun-tahun awal sebelum Perang Dunia ke-2 (Sumber: New Straits Times, 2022) | Perlombongan besi adalah sama pentingnya kepada ekonomi Batu Pahat sepertimana pertanian pada awal abad ke-20 (Sumber: Alan Teh Leam Seng) |
Jalan Penggaram adalah merupakan pusat perniagaan terpenting bagi penduduk Bandar Penggaram sebelum adanya pasaraya | Perkhidmatan feri di saat-saat akhir perkhidmatannya sehingga ia diambil alih oleh Jambatan Penggaram yang dibuka pada Julai 1967 | Perkhidmatan feri yang menghubungkan Jeti Batu Pahat dengan Jeti Peserai menjadi mod pengangkutan terpenting pada ketika itu | |
Pemandangan warga Batu Pahat menggunakan perkhidmatan feri untuk menyeberangi Sg. Batu Pahat dengan kenderaan bersama mereka | Foto yang dirakam pada tahun 1968 ini menunjukkan Jalan Rahmat yang mempunyai lampu jalan dengan pemandangan pohon kelapa dan Bukit Penggaram di hujung jalan | Jalan Ibrahim pada satu ketika sibuk dengan aktiviti perniagaan dengan lori memunggah barang-barang dengan pemandangan jelas di kejauhan menara jam Pasar Awam Batu Pahat yang berdiri megah | Pemandangan Jalan Penggaram yang meriah dengan aktiviti perniagaan borong dan runcit dengan pengayuh basikal dan gerai-gerai di sekitarnya |
Jalan Engan pada tahun 1967 dengan nama jalan diambil bersempena nama seorang kapten kapal Inggeris yang pernah berlabuh di Pelabuhan Batu Pahat | Deretan kedai dan pembawa kereta roda tiga di Jalan Rahmat, Batu Pahat | ||
Foto plaza tol Peserai dirakam pada 1 Ogos 1967 | |||
Bas di Batu Pahat menggunakan model Albion Viking | Bas Johore Motor (atas) dan Bas Coastal (bawah) dari model Austin | ||
Bangunan kedai lama di No. 95-4 di Jalan Shahbandar, Batu Pahat yang berhampiran dengan pengkalan kerajaan. Nama restoran Jeng Kuan yang kini masih beroperasi di lokasi yang sama berkemungkinan hasil daripada legasi perniagaan yang diwarisi secara turun-temurun | |||
Pemandagan dari udara Bandar Penggaram yang pesat membangun | Jalan Soga pada zaman dahulu | Keadaan di Stesen Bas Batu Pahat ketika itu | Deretan kedai dan bangunan lama yang terdapat di pekan Parit Sulong |
Parit Sulong ketika zaman darurat |
Penafian: Gambar-gambar daripada laman web ini tidak dimiliki oleh pihak UTHM. Sebagaimana yang diperuntukan di bawah Akta Hak Cipta 1987 (Akta 332), perlindungan hakcipta terhadap sesuatu karya boleh dikecualikan untuk tujuan kajian dan pembelajaran selama mana ianya dibuat menerusi urusan yang adil (fair dealing) dan tajuk karya serta penciptanya disebut.
bottom of page