Dr. Indera Syahrul Mat Radzuan
Ketua Penyelidik
Indera Syahrul Mat Radzuan merupakan seorang Pensyarah Kanan yang telah memulakan karier akademiknya di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sejak tahun 2004. Beliau dilahirkan di Johor Bahru dan merupakan anak jati Batu Pahat. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Montfort dan Sekolah Tinggi Batu Pahat. Dengan minat yang mendalam sebagai seorang ahli akademik dan pengkaji sains sosial, beliau telah menghasilkan penulisan berkaitan isu-isu pemuliharaan dan perancangan bandar, warisan kebudayaan, perumahan dan pengurusan alam sekitar. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga dan Ketua Jawatankuasa Saintifik Kebangsaan bagi Pemuliharaan Ekonomi (Economic of Conservation) di Pertubuhan ICOMOS Malaysia - sebuah pertubuhan profesional yang memberi tumpuan kepada aspek pemuliharaan dan perlindungan warisan kebudayaan di seluruh dunia.
Beliau kini terlibat secara aktif menjalankan penyelidikan mengenai pemetaan jejak warisan di bandar Batu Pahat dan Kampong Bharu, Kuala Lumpur. Beliau memperoleh Ijazah Kedoktoran (Ph.D) dari Universiti Malaya pada tahun 2016 dalam bidang perancangan bandar. Selain itu, beliau merupakan lulusan dalam bidang Sarjana Sains (Perumahan) dan Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian); major dalam bidang Perancangan & Pengurusan Pembangunan dan minor dalam jurusan Ekonomi. Kedua-dua ijazah tersebut dianugerahi oleh Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 2000 dan 1999. Beliau telah menerbitkan beberapa artikel dalam jurnal berimpak seperti Journal of Tourism & Cultural Change, Journal of Cultural Heritage Management & Sustainable Development, Journal of Heritage Management serta Planning Malaysia.
+607-456 4174 / +6013-722 1200